This is featured post 1 title
Jangan lihat siapa yang berbicara Tapi lihatlah apa yang di bicarakan. .
This is featured post 2 title
Dunia itu bagai air yang asin, tiap engkau meneguknya... Maka akan bertambah dahaga lah engkau
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
Kamis, 21 November 2013
Sabtu, 29 Juni 2013
Khasiyat Al Mulk
05.49
al chami
No comments
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
Wallahua’lam bish showab
by, Ty Anis Said
Posted in: khasiyat
Khasiyat Al Fatihah
05.34
al chami
No comments
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
- Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkaumudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
- Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
- Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
- Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
- Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
- Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
- Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
- Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
- Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
- Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
- Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
- Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
- Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
- Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".
Posted in: khasiyat
Minggu, 19 Mei 2013
Keutamaan dan Khasiat surah Al ikhlas
00.57
al chami
No comments
“Bismillahir rahmaanir rahiim. Qul huwallahu ahad.
Allahus shamad.Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakun lahu kufuwan ahad”.
Artinya:
“Dengan nama allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang
,Katakanlah: Dialah Allah, yang maha esa.Allah adalah tempat bergantungnya
segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tiada diperanakan.Dan tidak ada seorang
pun yang setara dengan dia.”
Surat Al-ikhlas adalah surat yang ke seratus
dua belas dari urutan surat-surat dalam Al-Qur'an.
Surat Al Ikhlas, seperti halnya surat-surat yang lain juga memiliki banyak
rahasia yang terkandung di dalamnya, bila mau mengamalkannya sesuai dengan
petunjuk-petunjuk yang ada.
Dinamakan surat Al Ikhlas, karena dia
menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan dunia akherat, dari
kesulitan sakarotul maut, dari kesulitan kegelapan malam dan dari segala
kesulitan resiko di hari kiamat.
bagi anda yang merasa mempunyai
beberapa masalah dalam kehidupan anda bisa melihat
Doa
Penyembuh,Doa pengasihan,doa pelindung dan pembuka rejeki yang di berikan
dengan ijazah khusus dapat anda lihat di Doa mustajab
Dengan harapan dari sekian banyak
jenis doa yang saya ijazahkan secara khusus ada yang sesuai dengan masalah
anda...amiin
Keutamaan Surah Al ikhlas ( ijazah umum )
Mengingat Surat ini mengandung akidah yang
sangat mendasar, maka keutamaannya cukup banyak. Antara lain sebagai berikut :
1. Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan : Surah
ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, artinya bersih atau lepas, maka barangsiapa yang
membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan
kesusahan-kesusahan duniawi, di mudahkan di dalam gelombang sakaratul maut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
2. Ibnu Syubah Al-Zukhri menerangkan :
Rasulullah saw bersabda :"Siapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia
membaca sepertiga Qur'an."
3. Riwayat dari Sayyidinaa 'Ali r.a. : Siapa
membaca Suratul Ikhlash sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan
tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu
sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.
4. Syyidina 'Aisyah menerangkan : Dari nabi
Muhammad saw : "Siapa membaca sesudah selesai sembahyang Jum'at, surat
Al-Fatehah 7x, surah Al Ikhlash 7x, Surah Al Falaq 7x, dan surah An-Naas 7x,
maka Tuhan akan melindunginya dari kejahatan
sampai kehari Jum'at yang akan datang.
5. Dari Syyidina 'Ali r.a. dari Rasulullah :
Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia
membaca surat Ikhlas 11x, maka Tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali.
6. Sayyidina Anas menerangkan dari Rasulullah
saw. : "Siapa membaca Suratul Ikhlas 30x, maka Tuhan akan menulis barokah,
selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat."
membaca surat al ikhlas itu adalah juga
merupakan kecintaan kita kepada al qur'an.
Cinta kepada al qur'an sama halnya mencintai
sunah allah. Pernah seorang sahabat nabi, datang kepada beliau menceritakan
bahwa dia selalu memperbanyak membaca surat al ikhlas didalam shalat karena
kecintaannya. Lalu beliau bersabda kepada sahabatnya itu, "kecintaanmu
pada surat al ikhlas itu dapat memasukanmu kesorga.
@ Hadis riwayat Anas bin Malik, menyatakan
bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas satu kali,
seolah-olah dia membaca sepertiga Quran. Barangsiapa membacanya dua kali,
seolah-olah dia membaca dua pertiga Quran. Barangsiapa membacanya tiga kali,
seolah-olah dia membaca Quran seluruhnya. Dan barangsiapa membacanya sepuluh
kali, dibina Allah untuknya sebuah rumah dalam surga terbikin dari permata
ya’kut yang berwarna merah.”
@ Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai
Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara : 1.
Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat, 3.
Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4. Kerjakan Haji dan Umrah.”
Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur.
Selesai Shalat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku,
Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup
melakukannya pada waktu ini.” Beliau tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila
engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah
mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua
Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan
apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka
nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah,
Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau
berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”
Khasiat Surah Al ikhlas
Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di
dalamnya banyak sekali,diantaranya:
1. Untuk mencapai yang dimaksud.
Caranya:bacalah surat al ikhlas 1.000 kali
pada waktu antara shalat maghrib dengan isya, setelah selesai, mintalah kepada
allah segala yang dimaksud. Insya allah, allah akan mengabulkan semua yang
dimaksud.
2. Menghindarkan dari semua bala bencana.
Caranya:sama dengan di atas, bacalah surat al
ikhlas ini 1.000 kali pada waktu antara shalat maghrib dan isya. Berkat dari
bacaan ini, insya allah semua bala bencana akan terhindar.
3. Selamat dari para orang yang rakus.
Caranya:
a. Bacalah lafal "YA SHAMADU" 134
kali secara beruntun dan terus menerus dijadikan sebagai amalan sehari-hari.
Insya allah, akan selamatlah kita dari maksud jahat para orang yang rakus lagi
aniaya.
b. Bacalah lafal "ya shamadu" 40
kali setiap hari. Insya allah selama hayat masih dikandung badan kita selalu
selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
4. Terhindar dari rasa lapar dan dahaga.
Caranya:seandainya kita berada diperjalanan
atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka
bacalah "ya shamadu" sebanyak-banyaknya. Insya allah rasa payah,
letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk
meneruskan tujuan.
5. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur.
Caranya:bacalah surat al ikhlas pada orang
yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga,
maka insya allah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
6. Mendapatkan kebaikan didunia dan akhirat.
Caranya:bacalah surat al ikhlas setiap hari
sebagai amalan sehari-hari. Insya allah berkat surat al ikhlas yang kita baca
itu kita akan mendapatkan kebaikan didunia dan akhirat.
7. Untuk mendapatkan kebaikan d dunia dan di
akhirat: Caranya, bacalah surah Al Ikhlas setiap hari sebagai amalan
sehari-harinya. Insya Allah berkat surah Al Ikhlas yang kita baca itu kita akan
mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
8. Untuk mencapai segala yang dimaksud.
Caranya: Bacalah surah Al Ikhlas 1,000 kali pada waktu antara solat maghrib dan
Isyak. Setelah selesai membaca berdoalah kepada Allah minta apa yang dihajati.
Insya Allah Tuhan akan mengabulkan semua yang dimaksud atau hajati.
9. Aisyah ra berkata: Apabila Rasulullah saw
mengadu atau merasa sakit pada bahagian badan, baginda membaca ayat-ayat
berikut pada tapak tangannya yang kanan, kemudian menyapukan untuk menyembuhkan di tempat yang beliau rasakan sakit itu:
1. Qul Hu Wallahhu Ahad 2. Qul 'Auzubirabbil falaq 3. Qul a'uzubirabbinnas
10. Jangan lupa mengawal diri sewaktu berada
di tempat tidur. Aisyah ra, mengtakan bahawa apabila Nabi saw berada di tempat
tidurnya pada setiap malam, baginda menggengam kedua tangannya sambil membaca
ayat-ayat di bawah ini, dan kemudian menghembus kedua-dua tangannya itu. 1. Qul
Hu Wallahhu Ahad 2. Qul 'Auzubirabbil falaq 3. Qul a'uzubirabbinnas Setelah
selesai membaca dan menghembusnya, baginda menyapu dengan kedua-dua belah
tangannya ke seluruh tubuhnya sekadar mungkin, dengan memulakannnya dari atas
kepala, muka dan jasadnya yang biasa kelihatan. baginda melakukan sebanyak 3
kali.
11. pembuka pintu rejeki,Pada suatu hari seorang laki-laki melaporkan halnya kepada
Rasulullah Saw tentang kesusahan hidup yang dideritanya. Ia mohon supaya
diajarkan amalan singkat untuk menghilangkan kesempitan hidup itu. Maka
Rasulullah Saw menyuruhnya supaya setiap kali masuk kerumah sendiri, memberi
salam kemudian membaca surat Al-Ikhlas tiga kali. Jika rumah kosong tidak ada
orang didalam, maka memberi salam kepada Rasulullah SAW kemudian sambil
melangkah masuk dibaca tiga kali surat Al-Ikhlas. Laki-laki itupun
mengamalkannya dengan yakin, alhamdulillah lapang rezekinya, melimpah sampai kepada jiran
tetangganya.
12. Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang
duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk
di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya .
Beliau bertanya : ” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : ”
Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda :
” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan
kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang seraya berkata : “Hai Muhammad,
Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril
menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan
dia karena dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut
menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw
pun bertanya : ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril
menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, karena setiap hari membaca seratus kali
Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah
dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul
Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya
sebelum mati.
13. Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya :”
Barangsiapa membaca surat Al-Ikhlas pada sakit yang membawa kepada kematiannya,
niscaya mayatnya tidak busuk dalam kubur, hadis lain menyatakan tidak terfitnah
dalam kuburnya, aman dari kesempitan kuburan, dan para Malaikat akan membawanya
dengan sayap-sayapnya melalui titian shirotol mustaqim sampai kesurga.”
14. Menurut hadis Anas bin Malik, bahwa
Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad 50 kali,
niscaya diampuni dosanya lima puluh tahun.”
15. Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah
Saw bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh
kali dibina Allah untuknya satu istana didalam surga. Barangsiapa membacanya 20
kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam surga. Barangsiapa membacanya 30
kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam surga. Umar bin Khattab
berkata: ” Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam surga”
Maka Rasulullah Saw bersabda : “Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.”
Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.
16. Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa
Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu
Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya
diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran
tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12
istana didalam surga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya
(dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika
dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun. Jika dibacanya 1000 kali,
niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam
surga.”
17. Menurut hadis riwayat Ibnu Abbas, Nabi
Muhammad Saw bersabda yang maksudnya : “Tatkala saya dalam perjalanan Israk
Mi’raj kelangit, saya melihat ‘Arasy ditegakkan atas 360.000 sudut. Jarak dari
satu sudut kesudut lainnya, kira-kira 300.000 tahun perjalanan. Dibawah setiap
sudut itu terdapat 12.000 padang pasir. Panjang setiap padang pasir itu dari
matahari terbit kematahari terbenam. Disetiap padang pasir itu terdapat 80.000
Malaikat membaca Qul Huwallahu Ahad.” Selesai membaca mereka menyatakan :”Ya
Tuhan, kami hibbahkan pahala bacaan kami ini kepada setiap orang yang membaca
Surat Al-Ikhlas, baik dia laki-laki maupun wanita.” Para sahabat kagum
tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah Saw bertanya :”Herankah kamu,
sahabat-sahabatku ? Mereka menjawab : ” Ya,benar kami heran.” Beliau
melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad”
tertulis disayap Jibril. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail. “Lam Yalid
Walam Yulad” tertulis disayap Izrail. “Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis
disayap Israfil. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad”
niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan
Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka
menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku
ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq.
“Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam Yalid Walam Yulad”
tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad ”
tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas
niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
18. Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah
Al-Bahili, bahwa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah,
saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain.
Kemudian Rasulullah Saw bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh
martabat seperti itu.? Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat
membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan
berjalan.”
Demikianlah beberapa kelebihan membaca Qul
Huwallahu Ahad. Maka silahkanlah mengamalkannya, dengan ketentuan setiap
membacanya, harus dibaca Bismillah. Karena pernah terjadi seorang laki-laki di
Mekkah bermimpi, melihat ratusan ekor burung merpati terbang diatas angkasa
kota Mekkah, tetapi tak seekorpun berkepala. Keesokan harinya ditanyakannya
kepada seorang ahli ta’bir mimpi. Syekh ahli ta’bir mimpi itu menyatakan
:”Barangkali anda rajin membaca Qul Huwallahu Ahad, tetapi tidak membaca Bismillahirrahmanirrahiim diawalnya. “
Bismillahirrahmanir rahim itu hurufnya 19,
persis sebanyak Malaikat Zabaniyah penunggu neraka. Barangsiapa rajin membaca
Bismillahirrahmanir rahim pada setiap memulai pekerjaan yang dibenarkan agama,
niscaya ia terhindar dari ancaman Malaikat Zabaniyah.
Sekian dulu dari saya,semoga ini bisa
bermanfaat bagi kita semua.
di ambil dari : http://doa-doapelindungdiri.blogspot.com/2012/09/keutamaan-dan-khasiat-surah-al-ikhlas.html
Posted in: khasiyat
Sabtu, 22 Desember 2012
keutama'an ayat kursy
02.12
al chami
No comments
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Pada zaman Nabi, ada empat orang sahabat yang oleh Rasulullah shallallahu'alaihi wassalam dianjurkan agar belajar al-qur'an kepadanya. Salah satunya adalah sahabat Ubay ibnu Ka'ab radhiyallahu anhu, yang mana pemahaman beliau terhadap Al-qur'an sudah tidak diragukan lagi. Suatu hari Rasulullah shallallahu'alaihi wassalam bertanya kepada beliau, "ayat apakah yang paling mulia didalam Al-qur'an?". Pertanyaan ini jelas tidak mudah bagi Ubay bin Kaab, mengingat terdapat lebih dari enam ribu ayat di dalam Al-qur'an. Setelah beberapa saat, sahabat Ubay bin Ka'ab spontan menjawab "ayat yang paling mulia didalam Al-qur'an adalah ayat kursi". Mendengar jawaban dari Ubay bin Ka'ab, Nabi pun menunjukan kebahagiaannya, dikarenakan pertanyaan beliau mampu dijawab dengan benar oleh sahabatnya. Rasulullah pun dengan bahagia menepuk dada Ubay bin Ka'ab lalu berkata "engkau telah menguasai ilmu Al-qur'an".
Beberapa Fadhilah Ayat Al-Kursi :
1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2. Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
5. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
6. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
8. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
12. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
13. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
14. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
15. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
16. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
19. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
20. Terdapat keterangan dalam kitab-kitab Asrarul Mufidah:Barang siapa mengamalkan membaca ayat Kursi,setiap kali membaca sebanyak 18 kali,insyaAllah dia akan hidup berjiwa Tauhid,dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat,dimudahkan rizkinya,dinaikkan martabatnya,diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya,dipeliharakan dari segala bencana dengan izin Allah SWT.
21. Syekh Abul 'Abbas Al-Bunni menerangkan:"Siapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya,yaitu 50 kali,ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya,maka insyaAllah,Allah SWT mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada ilmu yang dipelajarinya.
(terdapat dalam kitab Khazinatul Asrar).
22. Syekh Al-Bunni menerangkan:"Siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya,yaitu 170 huruf,maka insyaAllah,Allah SWT akan memberikan pertolongan pada hal dan menunaikan segala hajatnya dan melapangkan pikiran-pikirannya,diluluskan rizkinya,dihilangkan kedukaannya,dan diberikan apa yang dituntutnya.
(terdapat dalam tafsir Al-Qudsi).
23. Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur,maka Allah SWT mewakilkan kepada dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
Demikian sabda nabi Muhammad SAW dari Abi Qutadah.
24. Abdurrahman bin 'Auf menerangkan:
Bahwa ia apabila masuk kerumahnya,dibacanya ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding syaitan.
(terdapat dalam tafsir Al-Qudsi).
25. Yang terafdhal diantara surah-surah dalam Al-Qur'an adalah Suratul Baqarah dan yang terbesar diantara ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah ialah ayat Kursi.Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang didalamnya dibaca suratul Baqarah.
(terdapat dalam kitab Durrulmantsur).
26. Syaikhul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan:
Bahwa siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam kemudian dawam (kontinyu) membacanya sampai 40 hari,maka demi Allah dan demi Rasulullah dan demi Al-Qur'an yang mulia,Allah akan membukakan baginya pandangan rohani,dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia.
(terdapat dalam kitab Khawasul Qur'an).
27. Bahwa siapa yang membaca 4 ayat pada permulaan suratul Baqarah dan ayat Kursi,ditambah 2 ayat setelah ayat Kursi kemudian ditutup dengan 3 ayat pada akhir suratul Baqarah,maka ia dan keluarganya tidak didekati syaitan,dan jika dibacakan pada orang gila,niscaya akan sembuh dengan seizin Allah SWT.
(terdapat dalam kitab itqan).
28. Siapa yang membaca ayat Kursi secara kontinyu setiap kali selesai sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali masuk kerumah dan kepasar,setiap kali masuk ketempat tidur dan pergi musafir,insyaAllah ia akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja kejam,diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahantan binatang2 yang memudharatkan.Terpelihara dirinya dan keluarganya,anak2nya,hartanya,rumahnya dari kecurian,kekaraman dan kebakaran.Didapatny keselamatan dan kesehatan jasmaninya dengan izin Allah SWT yg Hidup dan Berdiri Sendiri.
(terdapat dalam kitab Khawasul Qur'an kaya Imam Ghazali).
29. Ayat kursi mengandung keistimewaan,didalamnya terdapat ismul-a'zam,tersusun dalam 50 kata-kata,terdapat 17 nama Tuhan dhahir dan dhamir,terdapat 17 huruf mim dan 17 huruf wawu.Ayat Kursi membahas ke-Esaan dzat Allah SWT dan kesempurnaan sifat-sifatnya.
(Abdullah Al-Qurtubi)

Rabu, 12 Desember 2012
Do'a Mohon Keturunan yang Baik
23.54
al chami
No comments
Doá memohon keturunan yang baik
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
رَبَّنَا
وَاجْعَلْنَا
مُسْلِمَيْنِ
لَكَ
وَمِن
ذُرِّيَّتِنَآ
أُمَّةً
مُّسْلِمَةً
لَّكَ
وَأَرِنَا
مَنَاسِكَنَا
وَتُبْ
عَلَيْنَآ
ۖ
إِنَّكَ
أَنتَ
التَّوَّابُ
الرَّحِيمُ
Artinya : Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya
Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada
Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh
kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat
ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(Al Baqarah 127-128)Doá memohon anak cucu yang baik
هُنَالِكَ
دَعَا
زَكَرِيَّا
رَبَّهُۥ
ۖ
قَالَ
رَبِّ
هَبْ
لِى
مِن
لَّدُنكَ
ذُرِّيَّةً
طَيِّبَةً
ۖ
إِنَّكَ
سَمِيعُ
الدُّعَآءِ
Doá memohon keturunan
رَبِّ
لَا
تَذَرْنِى
فَرْدًا
وَأَنتَ
خَيْرُ
الْوٰرِثِي
Artinya :Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.
Posted in: Doá dalam Al Qurán
Jumat, 30 November 2012
Sedikit Tentang Saya
23.24
al chami
No comments
Nama : Abdul Jalil
Alamat : Ngembal Rejo, BAE, KUDUS.
Blog : http://al-chami.blogspot.com
http://blogalchami.blogspot.com
http://alchami.wordpress.com
FB : Abdul Jalil B
Twitter : @al_chamii
Hp : 081325073170
Alamat : Ngembal Rejo, BAE, KUDUS.
Blog : http://al-chami.blogspot.com
http://blogalchami.blogspot.com
http://alchami.wordpress.com
FB : Abdul Jalil B
Twitter : @al_chamii
Hp : 081325073170
Posted in: Profilku